Surat Kuasa Mentadbir

Maksud

Pengurusan Harta Pusaka adalah berbeza dengan Pengurusan Harta. Pengurusan Harta Pusaka adalah perlaksanaan setelah berlaku kematian samada ianya melibatkan elemen hibah wasiat atau tidak.

Kalau dikalangan pengamal undang-undang atau berdasarkan undang-undang, kita panggil ianya sebagai Surat Kuasa Mentadbir/ Pentadbiran Harta Pusaka.

Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan oleh Amanah Raya / Pusaka Kecil / Mahkamah Tinggi Sivil kepada pentadbir untuk mentadbir dan mengagihkan harta pusaka si mati. Bergantung kepada pilihan masing-masing. Berdasarkan pengalaman saya, ramai memilik secara Mahkamah Tinggi Sivil kerana ianya lebih cepat dan mudah untuk berurusan memandangkan peguam yang uruskan kes pusaka di Mahkamah dan lebih cepat.

Surat ini memberi kuasa kepada seseorang untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

Kenapa Surat Kuasa Mentadbir Penting?

  • Bagi tujuan tuntutan dan pembahagian harta pusaka Untuk urusan rasmi seperti tuntutan harta simati seperti ASB atau KWSP atau di mana-mana pejabat kerajaan atau swasta, merka hanya akan membenarkan sebarang pengeluaran sekiranya ada Surat Kuasa Mentadbir.
  • Mendapatkan geran rumah Waris tidak akan dapat tukar nama simati kepada nama waris-waris tanpa geran atau Surat Kuasa. Bagi rumah yang masih belum ada geran individu atau strata, pemaju memerlukan dokumen Surat Kuasa Mentadbir untuk memindahkan nama pemilik kepada waris. Kebiasaannya, pihak bank akan meminta waris untuk melantik peguam bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk menyelesaikan urusan pinjaman rumah si mati.
  • Membantu menguruskan hutang si mati: hutang simati juga perlu diselesaikan. Dengan Surat Kuasa Mentadbir, Pentadbir yang dilantik mempunyai kuasa untuk menguruskan hutang si mati.

Dokumen Diperlukan

  • Sijil kematian si mati
  • Surat kuasa wakil (jika ada)
  • Salinan IC waris
  • Penyata harta atau bukti pemilikan aset
  • Borang permohonan rasmi mengikut agensi

Proses Permohonan Surat Kuasa Mentadbir

  1. Mengenal pasti semua waris mengikut faraid
  2. Melengkapkan dokumen dan borang permohonan
  3. Menghantar permohonan ke Mahkamah Tinggi / Amanah Raya
  4. Pengesahan waris & aset
  5. Pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir

Fasal Pentadbiran

  • Mengenal pasti dan mengumpul aset si mati
  • Membayar hutang si mati (jika ada)
  • Mengurus pembahagian mengikut hukum syarak
  • Menyediakan laporan pentadbiran

Isu & Persoalan Lazim

Soalan A

Siapa yang boleh jadi pentadbir dalam permohonan Surat Kuasa Mentadbir?

  • Waris Simati atas 18 tahun
  • Pemiutang
  • Pemegang gadaian
  • Penerima wasiat
  • dan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan atau dilantik

Soalan B

Apa perlu dibuat apabila pentadbir meninggal dunia?

Perlu ulang bicara untuk batalkan pentadbir meninggal, dan lantik pentadbir baru.

Soalan C

Adakah waris perlu hadir semasa bicara?

Bergantung kepada keadaan. Pada kebiasannya tidak perlu. Cukup Pemohon yang hadir tapi perlu

Soalan D

Sekiranya Ada waris tak puas hati boleh selesai ke?

Disarankan untuk berunding dengan pihak-pihak yang terlibat bagi mendapatkan kata sepakat dalam tindakan dan penyelesaian bersama. Jika tiada penyelesaian, perlulah situasi pihak yang tidak berpuas hati dirujuk ke mahkamah.

Soalan E

Apa yang dimaksudkan dengan pemilik berkepentingan?

Pemilik berkepentingan adalah seperti seseorang yang membeli tanah daripada Simati semasa simati masih hidup. Namun belum sempat proses tukar milik dibuat, pemilik tanah meninggal dunia. Jadi, pihak yang membeli itu adalah pemilik berkepentingan dan boleh jadi Pentadbir untuk mentadbir bagi menuntut dan memuktakhirkan proses tukar milik.