Maksud
Pemberian semasa hidup sesuatu harta alih atau tidak alih kepada penerima hibah secara rela hati di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.
Dalil / Punca Kuasa: “Berikanlah hibah, nescaya kamu dikasihi.” (Hadis)
Rukun & Syarat Hibah
Rajah: Rukun Hibah
Al-Qabd: Mazhab Syafie mensyaratkan Al-Qabd. Kebanyakan hibah-hibah dicabar dan tidak sah kerana syarat Al-Qabd ini tidak dipenuhi.
Jenis Hibah Berdasarkan Praktis Semasa
Terdapat tiga jenis hibah iaitu:
- Hibah Mutlak
- Hibah Amanah
- Hibah Bersyarat
Hibah Mutlak
Hibah mutlak adalah dengan cara melaksanakan pemberian secara terus daripada penghibah kepada penerima hibah.
Contoh: Bapa menghibahkan sebuah rumah kepada anaknya dan terus melaksanakan pindah milik (Borang 14A KTN) kepada nama anak.
Hibah Amanah
Hibah amanah ialah pemberian secara terus oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penerima hibah itu tidak berkelayakan memiliki harta tersebut.
Contoh: Penerima hibah adalah anak OKU atau bawah umur.
Hibah Bersyarat
Hibah bersyarat adalah pemberian harta semasa hidup oleh penghibah kepada penerima hibah tetapi penghibah membuat syarat yang dipersetujui oleh penerima hibah.
Contoh: Pemberi hibah masih ingin duduki harta hibah sehingga dia meninggal dunia.
Isu & Persoalan Lazim
Soalan A
Apa yang terbaik antara hibah dan wasiat?
Bergantung kepada kondisi masing-masing. Jika berada dalam kategori berikut, hibah digalakkan:
- Ada anak perempuan sahaja
- Ada anak angkat
- Pasangan yang tiada anak
- Individu yang belum berkahwin
- Individu yang berpoligami
- Mualaf yang ingin beri harta kepada keluarga bukan Islam
- Membeli harta secara bersama
- Ingin beri harta kepada sesiapa
- Ahli perniagaan
- Jemaah haji
- Individu yang berkahwin semula
Soalan B
Harta dibahagikan semasa hidup atau selepas mati?
Dokumentasi dibuat pada waktu hidup. Namun perlaksanaan boleh dibuat selepas kematian. Bergantung kepada keadaan dan fakta masing-masing.
Soalan C
Adakah hibah boleh dicabar?
Hibah boleh dicabar jika pemberian itu tidak sah. Boleh jadi dokumen yang disediakan tidak selari dengan undang-undang. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan hakim mahkamah syariah, ia bidang kuasa mahkamah syariah untuk memutuskan kedudukan hibah tersebut. Berdasarkan pengalaman saya, hibah tak sah kerana gagal penuhi syarat Hibah.
Soalan D
Jika anak bawah umur?
Boleh hibah secara hibah Amanah, ia akan dipindah milik apabila anak berumur 18 tahun ke atas
Soalan E
Kos buat dokumen hibah?
Anggaran RM2+++ hingga RM3++++ bergantung fakta dan isu masing-masing. .
Soalan F
Ada fi lain-lain?
Tiada. Fi yang dikenakan hanyalah berkaitan penyediaan dokumen dan nasihat undang-undang bagi memastikan semuanya selaras dengan undang-undang bertulis di Mahkamah dan Hukum Syarak.
Pihak saya tidak mengenakan caj % berdasarkan market value harta terlibat bagi urusan selepas kematian atau urusan perlaksanaan hibah/ wasiat. Tuan Puan perlu faham, perlaksanaan hibah atau wasiat selepas kematian adalah urusan berbeza. Boleh hubungi saya untuk tahu dengan lebih lanjut
Soalan G
Adakah disarankan Pemegang Amanah/ Wasi dilantik adalah Syarikat Amanah ?
Bergantung. Namun berdasarkan pengalaman saya, adalah lebih baik Pemegang Amanah/ wasi dilantik dari kalangan individu terutama keluarga. Sekiranya Pemegang Amanah/ wasi adalah dari kalangan Syarikat Amanah, terdapat kemungkinan waris Tuan Puan mengalami kesulitan untuk proses Mentadbir harta pusaka kerana terdapat fees tambahan yang perlu dibayar kepada Syarikat Amanah.