Penjelasan
Hibah dan Trust Deed adalah sama sekali tak sama. Tak semua keadaan boleh guna instrumen hibah, dan TAK SEMUA KEADAAN boleh consider instrumen Trust Deed. Walaupun kedua-duanya digunakan untuk tujuan perancangan harta, ramai orang keliru kerana kedua-duanya melibatkan penyerahan aset, walhal mekanisme, undang-undang yang terlibat, dan kesannya sangat berbeza antara Hibah dan Trust Deed.
Ada kes pemberian hibah secara Trust Deed Mahkamah Syariah tetapkan sebagai tidak sah yang mana kesan dan akibatnya harta difaraidkan. Ramai tak tahu, ada je Trust Deed yang tidak sah di Mahkamah Syariah bila buat Pengesahan Hibah. Dari dulu, sehingga sekarang banyak jumpa bilamana orang awam berniat untuk buat hibah, sesetengah pengamal undang-undang mencadangkan instrument TRUST DEED walhal boleh saja guna instrumen Hibah.
Kesian dekat pemberi harta, niatnya disalah zahirkan kedalam dokumen yang tidak tepat. Kalau diteliti fakta dan isu kes tersebut, sekiranya guna instrumen Hibah, boleh je sah pengesahan Hibah tu.
Cadangan
Kalau anda ingin buat hibah, anda cari pengamal undang-undang yang bertauliah dalam bab syariah. Tanya dahulu samada niat anda untuk buat hibah boleh disempurnakan atau tidak. Kalau Hibah tidak sesuai, barulah guna instrument lain seperti Trust Deed.