Harta Sepencarian

Pengenalan / Mengapa Topik Ini Penting

Harta sepencarian adalah isu biasa dalam keluarga moden — pemilikan bersama dan sumbangan pasangan boleh menjadi pertikaian. Artikel ini menerangkan konsep, jenis sumbangan dan langkah tuntutan.

Apakah Maksud Harta Sepencarian?

Harta atau pendapatan yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

Jenis Harta Sepencarian

  • Harta yang diperoleh oleh Suami dalam tempoh perkahwinan walaupun perolehan itu menggunakan wangnya sendiri tanpa sebarang sumbangan secara langsung daripada isteri. (Sumbangan tidak langsung)
  • Sama ada harta isteri atau suami yang dibawa sebelum berkahwin kemudian dimajukan secara Bersama.
  • Apa-apa sumbangan oleh isteri/ suami dalam menjaga keluarga dan rumah tangga atau apa-apa urursan lain yang berhubungan dengan pemerolehan harta.

Dalil / Punca Kuasa

Tiada dalil khusus, namun Al-Quran menyebut :

Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan (Surah An-Nisa ayat 32)

Ulama menggunakan kaedah Al-Adat Muhakkamah.

Instrumen/ Kaedah pengurusan harta sepencarian

  1. Selepas Perceraian

      A- Penyelesaian diluar Mahkamah, seperti perlantikan Pemegang Amanah (Non-Contentious)

      B- Melalui Mahkamah Tinggi Syariah (Contentious), Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor

  2. Sebelum Perceraian

      - Melalui Perjanjian Aset Perolehan Bersama/ Post-Nuptial Agreement

      - Suami dan isteri memasuki suatu perjanjian persetujuan bagi harta yang diperolehi/ diusahakan bersama sepanjang perkahwinan

      - Isu mutaah, dan nafkah iddah (sekiranya perlu)

  3. Selepas Kematian

      - Permohonan di Mahkamah Syariah sebelum Pengagihan Harta Pusaka

      - Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum/ selepas Sijil Faraid/ Surat Kuasa Mentadbir diperlolehi

Contoh / Amalan

  • Nama bersama dalam aset
  • Membayar deposit / ansuran rumah
  • Menjadi penjamin pasangan

Sumbangan terhadap Aset

A- Sumbangan Langsung Terhadap Aset, contoh:

  • Mengguna nama dalam asset
  • Mengguna pengaruh diri
  • Mengeluarkan wang, membayar deposit dan membayar ansuran bulanan
  • Menggunakan nama bapa/ keluarga yang berpengaruh
  • Dua nama dalam membuat pinjaman
  • Menjadi penjamin kepada peminjam(pasangan)

B- Sumbangan tidak langsung terhadap aset. Contoh:

  • Menjadi isteri yang taat dan bertanggungjawab serta menjaga kehormatan suami
  • menjaga rumah tanggan untuk memberi keselesaan kepada suami dalam memperoleh asset
  • Menjaga dan memelihara anak-anak dengan baik
  • Bekerja dan menggunakan duit gaji membantu meringankan beban suami dalam rumahtangga

Proses Tuntutan

  1. Kumpulkan bukti
  2. Rundingan keluarga
  3. Rujuk peguam
  4. Failkan tuntutan di mahkamah
  5. Pelaksanaan selepas perintah

Cadangan Umum

  • Simpan dokumentasi lengkap
  • Buat perjanjian keluarga
  • Gunakan instrumen hibah / wasiat
  • Dapatkan nasihat awal peguam